Kastam Pahang rampas mercun bunga api bernilai lebih RM200000 - Semasa | mStar

Kastam Pahang rampas mercun bunga api bernilai lebih RM200000

KUANTAN: Kastam Diraja Malaysia Pahang merampas lebih 5,000 kilogram mercun dan bunga api bernilai RM218,496 dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Pengarahnya Ahmad Samawe Hassan berkata rampasan itu melibatkan nilai cukai berjumlah RM142,078.20.

"Sehingga September lepas, sebanyak tujuh kes penyeludupan mercun dan bunga api telah dikesan dengan enam kes daripadanya diperoleh dalam bulan lepas iaitu menjelang Hari Raya," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Raya Adilfitri Kastam Pahang di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Samawe berkata pihaknya berjaya memungut cukai melebihi RM430 juta dalam tempoh Januari hingga Oktober ini berbanding RM380 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Jumlah pungutan hasil itu meningkat sebanyak 15 peratus dan pihaknya yakin dapat memungut kutipan berjumlah RM500 juta yang disasarkan bagi tahun ini, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Jui Meng ikrar bersih imej parti

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Debat terbuka Banyak buruk dari baik

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain