suria

Jui Meng ikrar bersih imej parti

PETALING JAYA: Calon Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Jui Meng berikrar untuk mengemaskinikan MCA dari segi moral dan integriti sekiranya terpilih.

Chua berkata, beliau akan turut memerangi rasuah dan menggerakkan parti menjadi lebih relevan dengan rakyat berbilang kaum di negara ini.

MCA tidak akan diterima rakyat sekiranya tidak berubah, katanya kepada pemberita selepas satu majlis forum anjuran akhbar Nanyang Siang Pau di sini hari ini.

Bekas naib presiden MCA itu turut berikrar untuk menjadi contoh dalam memerangi rasuah dari segenap penjuru.

Forum itu bagi menggantikan debat yang diatur sebelum ini antara beliau dengan seorang lagi calon presiden Datuk Ong Tee Keat, yang juga Menteri Pengangkutan, tetapi Ong yang kini menyandang jawatan naib presiden telah menolak menyertainya. Bekas Menteri Kesihatan itu yang menyifatkan dirinya sebagai underdog dalam pemilihan itu, tetapi yakin tentang peluangnya untuk dipilih sebagai presiden parti. BERNAMA

Artikel Lain