suria

APMM diletak dalam keadaan waspada ekoran krisis ThailandKemboja

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menangani masalah pendatang haram dari Thailand dan Kemboja sekiranya pertempuran yang berlaku di sempadan keduadua negara itu berterusan.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Ismail Hamzah berkata pihaknya sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan yang sedang berlaku di persekitaran negara ini.

"Kita sentiasa memantau bagi menentukan perairan negara kita selamat dan tidak diceroboh pendatang," katanya pada sidang akhbar sempena eksesais Sarex (Mencari dan Menyelamat Maritim Malaysia) Wilayah Timur 01/2008, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuala Terengganu Komander Maritim Syed Mohd Fuzi Syed Hassan dan Pengarah Operasi Wilayah Maritim Timur Kapten Maritim Adam Aziz.

Ismail berkata bagaimanapun adalah terlalu awal untuk APMM membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu, hanya memadai untuk APMM sentiasa berwaspada dan menentukan kapalkapal serta asetaset APMM sentiasa bersedia menghadapi perkara itu jika ia berlaku.

Mengenai Sarex Wilayah Timur 01/2008, Ismail berkata sebanyak 21 agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam latihan itu termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Petronas dan Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan.

Eksesais yang diadakan sejak 14 Okt itu bertujuan meningkatkan kemahiran dan kesefahaman berkaitan prosedur "carilamat" di kalangan pegawai Maritim Malaysia dan merapatkan hubungan antara agensiagensi berkaitan.

Beliau berkata adalah menjadi harapan Maritim Malaysia untuk memantapkan hubungan dan kerjasama antara agensiagensi berkaitan serta bertindak dengan pantas dalam melakukan operasi mencari dan menyelamat jika berlaku sebarang kejadian di laut. BERNAMA

Artikel Lain