Rais Jangan gertak manamana calon - Semasa | mStar

Rais Jangan gertak manamana calon

[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Selepas 29 bahagian mengadakan persidangan sehingga semalam, bahagian-bahagian belum bermesyuarat diminta mencalonkan pemimpin-pemimpin yang belum lagi cukup kuota untuk bertanding Timbalan Presiden Umno tanpa melambakkan pencalonan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saranan ini dibuat oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang turut meminta agar jangan ada pihak-pihak yang cuba mendesak mana-mana pemimpin yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan agar mengundur diri sekadar disebabkan tahap pencalonan yang mereka terima setakat ini masih rendah.

"Siapa tahu, bahagian yang belum bermesyuarat lagi nanti akan mencalonkan mereka?

"Peluang mereka mungkin tipis, tetapi jangan ada sesiapa menggertak atau mendesak mana-mana calon agar menarik diri. Ini amalan yang tidak sihat.

"Demi kepentingan Umno, kita mesti benarkan sesiapa sahaja yang ingin berkhidmat kepada parti untuk bertanding.

"Sebab itulah saya teguh dengan pendirian menentang sistam kuota kerana sistem ini menyisihkan orang yang hendak beri khidmat melalui situ sistem pemilihan yang adil," kata beliau kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Luar di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta agar tiga lagi pemimpin yang telah menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden selain Muhyiddin iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Umno Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed agar menarik diri kerana pencalonan yang mereka terima setakat ini terlalu kecil.

Setakat ini 28 bahagian Umno telah bermesyuarat dan daripada jumlah itu, 23 telah mencalonkan Muhyiddin, tiga lagi mencalonkan Muhammad, dua mencalonkan Mohd Ali sementara Nur Jazlan belum menerima sebarang pencalonan.

Rais berkata semua pemimpin yang telah menawarkan diri untuk mana-mana jawatan mestilah diberi peluang untuk dinilai oleh perwakilan pada hari pemilihan dan mereka tidak harus disekat dengan menghadkan kuota yang mereka terima untuk layak bertanding.

Katanya, sebagai parti yang mengaku mengamalkan sistem demokrasi Umno mesti menghormati nilai demokrasi dengan tidak menyekat sesiapa daripada menawarkan diri untuk menjadi pemimpin di mana peringkat sekali pun.

Beliau juga meminta perwakilan agar memikirkan semasak-masaknya sebab-sebab mereka mahu memilih seseorang calon dan tidak hanya membuat pemilihan berdasarkan mentaliti berkumpulan serta emosi semata-mata.

"Trend memuji seseorang pemimpin mesti dihentikan kerana ia adalah amalan tidak sihat, lebih-lebih lagi jika pujian-pujian yang diberikan itu tidak ikhlas," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain