suria

Noraini nafi pengaruhi pilihan calon

KUALA LUMPUR Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad menafikan khabar angin kononnya beliau mempengaruhi perwakilan untuk memilih calon-calon tertentu semasa mesyuarat di peringkat bahagian pergerakan yang sedang berlangsung.

"Saya tidak pernah mengeluarkan arahan supaya perwakilan di peringkat bahagian memilih calon tertentu untuk jawatan Ketua Pergerakan Puteri Umno atau naib ketuanya atau manamana jawatan yang dipertandingkan dalam Puteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, beliau juga tidak pernah campur tangan atau mempunyai calon pilihan sebaliknya menyerahkan soal pencalonan kepada perwakilan di peringkat bahagian.

Noraini berharap perwakilan tidak akan terpengaruh jika ada mana-mana pihak menggunakan namanya untuk meraih sokongan kerana beliau mengambil langkah untuk mengamalkan sikap berkecuali dalam pertandingan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain