suria

ntv7 batalkan siaran langsung debat Timbalan Presiden MCA malam ini

PETALING JAYA: Stesen televisyen ntv7 terpaksa membatalkan siaran langsung debat membabitkan dua calon Timbalan Presiden MCA malam ini ekoran arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Jurucakap ntv7 berkata, pihaknya telah dinasihatkan supaya tidak meneruskan rancangan siaran langsung program berkenaan yang diadakan sempena pemilihan parti itu hujung minggu ini.

Bagaimanapun stesen itu akan menyiarkan rakaman debat itu, yang pertama kali diadakan menerusi televisyen, kemudian.

"Debat itu akan dirakamkan dan dikemukakan kepada lembaga penapisan untuk kelulusan untuk disiarkan kemudian hari," kata ntv7 dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

Sehubungan itu, stesen tersebut meminta maaf atas kesulitan yang timbul dengan keputusan berkenaan.

Hanya dua calon mengambil bahagian dalam debat itu iaitu bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Naib Presiden, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Jawatan Timbalan Presiden menjadi rebutan empat calon iaitu Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dan pemimpin bahagian Tanjung, Lee Hack Teik.

Dalam pada itu, jawatan Presiden MCA akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Naib Presiden, Datuk Ong Tee Keat dan bekas Naib Presiden Datuk Chua Jui Meng.

Penamaan calon diadakan semalam.

Artikel Berikut

Artikel Lain