suria

Rafidah nafi sedia timbang semula pelan peralihan kuasa

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz menafikan laporan sebuah akhbar yang menyatakan beliau sedia menimbang semula pelan peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Rafidah berkata beliau tidak pernah bercakap mengenai proses mempercepatkan pelan peralihan kuasa berkenaan, sebaliknya beliau dan timbalannya telah sepakat dalam merealisasikan pelan peralihan jawatan Ketua Wanita Umno seperti yang dipersetujui oleh Exco Wanita Umno.

"Saya ingin menafikan sekeraskerasnya berita dalam sebuah akhbar harian hari ini kononnya saya akan timbang semula pelan peralihan jawatan (Ketua Wanita Umno) selepas semua pencalonan selesai. Saya tidak pernah bercakap tentang itu", katanya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMs) yang dihantar kepada Bernama hari ini.

Rafidah layak bertanding mempertahankan jawatannya selepas mendapat pencalonan daripada 52 bahagian Wanita Umno manakala 12 bahagian lain mencalonkan Shahrizat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain