suria

MB Negeri Sembilan bersikap terbuka terhadap pencalonan Naib Presiden

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau bersikap terbuka jika bahagian-bahagian Umno memilih untuk mencalonkannya bagi jawatan naib presiden Umno.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada bahagianbahagian yang telah mencalonkan beliau bagi jawatan itu, Mohamad berkata sekiranya khidmat beliau dikehendaki, beliau bersedia memenuhi harapan para anggota parti bagi menggalas tugas dan memikul amanah untuk berkhidmat kepada parti di peringkat nasional.

"Saya bersikap terbuka. Jika saya diberi kepercayaan dengan pencalonan yang cukup, saya bersedia untuk bersamasama berusaha memperkukuhkan lagi parti dan menyokong usahausaha pembaharuan oleh pucuk pimpinan parti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Mohamad, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Negeri Sembilan, menerima dua pencalonan bagi jawatan naib presiden Umno iaitu dari bahagian Rasah dan Jempol semalam.

Peraturan parti mensyaratkan bahawa seseorang anggota parti perlu mendapat sekurangkurangnya 19 pencalonan daripada bahagianbahagian Umno, atau 10 peratus pencalonan daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara bagi melayakkannya bertanding jawatan naib presiden Umno.

Mohamad sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Majlis Tertinggi Umno. Ditanya sama ada badan perhubungan Umno negeri membuat pendirian untuk menyokong beliau bagi jawatan naib presiden, beliau berkata tiada sebarang ketetapan seumpamanya dibuat.

Mesyuarat perhubungan Umno Negeri Sembilan barubaru ini, katanya hanya mengambil ketetapan mengucapkan syabas dan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana mengutamakan kepentingan negara dan parti dalam keputusannya mempercepatkan proses peralihan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Badan perhubungan Umno negeri juga membuat ketetapan menyokong Najib sebagai pengganti Abdullah dalam parti dan kerajaan, tambahnya.

Selain Mohamad, dua lagi pemimpin Umno dari Negeri Sembilan turut mendapat pencalonan bagi jawatan naib presiden iaitu Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang masingmasing mendapat empat pencalonan, setelah 28 bahagian Umno mengadakan mesyuarat perwakilan masingmasing setakat ini.

Bagi jawatan presiden dan timbalan presiden, gandingan Najib dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menjadi pilihan utama bahagianbahagian Umno.

Sehingga ini Najib merupakan calon tunggal untuk jawatan presiden dengan mendapat 28 pencalonan manakala Muhyiddin yang mendapat 23 pencalonan, disaingi oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mendapat 3 pencalonan dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, yang mendapat dua pencalonan setakat ini.

Calon bagi jawatan presiden memerlukan sekurangkurangnya 58 pencalonan untuk melayakkan diri bertanding manakala calon jawatan timbalan presiden memerlukan sekurangnya 38 pencalonan.

Sejumlah 163 bahagian Umno lagi perlu mengadakan mesyuarat perwakilan masingmasing sehingga 9 Nov ini dan pemilihan parti peringkat nasional akan berlangsung pada perhimpunan agung Umno, Mac depan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain