suria

Saya lebih selesa jadi gurkha kata Mustapa

KOTA BAHARU: Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mustapa Mohamed berkata beliau lebih selesa menjadi "gurkha" dalam Umno bagi membantu memperkuatkan parti terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mustapa berkata disebabkan itu beliau masih belum bercita-cita untuk bertanding bagi jawatan yang lebih tinggi untuk memberi peluang kepada mereka yang lebih layak mendudukinya.

"Saya rasa selesa dengan kedudukan sekarang dan cukuplah saya jadi kuli atau gurkha kepada parti sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Ketua Umno Bahagian Jeli sebelum ini telah mengumumkan hasrat bertanding untuk mengekalkan kedudukannya sebagai anggota MT.

Beliau juga bersyukur telah mendapat beberapa pencalonan untuk jawatan itu dan berharap lebih banyak bahagian akan mencalonkannya.

"Saya minta bahagian di Kelantan calonlah saya, begitu juga pencalonan Tan Sri Annuar Musa untuk jawatan Naib Presiden, berilah sokongan kepada beliau," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain