suria

Mahathir Muhyiddin tokoh terbaik bagi jawatan TPM

MELBOURNE: Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan "tokoh terbaik" untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

"Terdapat banyak petanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, tetapi saya fikir Muhyiddin adalah tokoh terbaik untuk menjadi timbalan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," kata bekas perdana menteri Malaysia.

Dr Mahathir berkata Menteri Perdagangan dan Antarabangsa itu kebelakangan ini "amat lantang" berhubung isu kepimpinan.

Sambil menyatakan sokongan kepada Najib bagi jawatan perdana menteri, Dr Mahathir berkata Muhyiddin mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas di peringkat akar umbi.

"Dengan kerja keras dan saling bekerjasama, Najib dan Muhyiddin akan mampu menerajui kerajaan dengan baik.

"Dengan kemelut kewangan global, Malaysia memerlukan kepimpinan yang utuh dan bijak membuat keputusan," kata Dr Mahathir yang berada di sini untuk berucap pada simposium pelbagai kebudayaan antarabangsa. Beliau akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada Isnin. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain