suria

Shabery Saya lebih senang membantu daripada merebut jawatan

KEMAMAN:Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata beliau lebih selesa membantu pemimpin lain bagi memperkuatkan Umno daripada bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti Mac tahun depan.

Beliau berkata dalam keadaan politik sekarang, biarlah mereka yang menawarkan diri untuk bertanding jawatanjawatan tertinggi parti diberi keutamaan untuk dipilih.

"Sebelum ini pun saya sudah nyatakan, saya melihat ramai orang yang sedia menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab untuk memegang jawatan tertinggi di semua peringkat. Saya hargai semua orang yang menawarkan diri untuk bertanding dan mereka yang sepatutnya diberi keutamaan.

"Saya sedia membantu dalam keadaan sekarang dan bukan kerana ada jawatan dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Anggota Parlimen Kemaman di Dewan Sri Amar di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding sebarang jawatan jika mendapat cukup pencalonan, Shabery enggan mengulasnya.

"Saya tidak tahu, lihat dulu. Saya pun sudah buat pengumuman, saya lebih senang membantu (pemimpin lain) daripada turut berebut untuk memegang jawatan," katanya. BERNAMA

Artikel Lain