suria

Dompok Upko komited dengan perjuangan BN

PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok berkata parti itu komited dengan perjuangan Barisan Nasional (BN) walaupun lantang dalam menyuarakan pelbagai masalah yang dihadapi Sabah.

"Kami boleh bekerja untuk BN malahan dalam keadaan paling sukar. Kami bersedia untuk menghadapi pilihan raya dengan BN dan kami tidak takut untuk berdepan dengan keputusan rakyat yang mungkin tidak memihak kepada kami.

"Bagaimanapun, kami mahu mempertahankan BN dengan penuh bermaruah dan bukan memohon maaf kepada sesiapa," katanya dalam ucapan dasar sempena mesyuarat agung tahunan parti itu di Pusat Kebudayaan Sabah di sini hari ini.

Dompok, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Upko, yang mempunyai empat anggota Parlimen dan enam anggota Dewan Undangan Negeri dan seorang Senator, akan terus berkhidmat dalam BN. BERNAMA

Artikel Lain