suria

Saya tetap kekal Umno Tengku Razaleigh

KOTA BHARU: Tengku Razaleigh Hamzah yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno menafikan beliau ditawarkan jawatan oleh Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk kerajaan pusat yang baru.

Malah Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menafikan yang beliau diminta Pakatan Rakyat menyertai ikatan pembangkang itu.

"Tiada perundingan soal jawatan. Saya adalah ahli Umno seumur hidup. Berapa parti saya boleh jadi ahli (sertai).

"Saya akan kekal dalam Umno, saya akan kekal melainkan Umno memusnahkan orang Melayu," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Beberapa hari lalu bekas Naib Presiden Umno itu mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya.

Selain Anwar, bekas Menteri Kewangan itu juga ada menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam "konteks kawan-kawan lama yang bertemu."

Malah desas-desus sedemikian pernah muncul tiga bulan lalu, yang beliau telah menemui pemimpin PAS di Parlimen dan ditawarkan memimpin pembangkang sebagai Perdana Menteri.

Artikel Berikut

Artikel Lain