suria

Salang Kerajaan BN masih kukuh

JULAU; Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih kukuh serta mentadbir negara dengan baik, dan orang ramai terutama di kawasan pedalaman tidak seharusnya termakan dengan cakap-cakap kononnya ia semakin lemah dan menunggu masa untuk tumbang, kata Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata tiada seorangpun wakil rakyat BN yang meninggalkan parti pemerintah untuk menyertai Pakatan Rakyat walaupun ada usaha terdesak individu tertentu yang cuba menukar kerajaan.

Katanya keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya tahun depan merupakan amalan biasa dalam sebuah kerajaan demokrasi berparlimen.

"BN masih akan terus berkuasa kerana penggantinya tetap dipilih dari Umno, parti komponen utama BN di peringkat persekutuan," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian geran berjumlah RM634,000 kepada 61 ketua rumah panjang dan pemimpin-pemimpin pertubuhan dai kawasan Parlimen Julau, di Dewan Masyarakat di sini hari ini.

Merujuk kepada pemberian geran itu, Salang berkata adalah kerajaan merasakan bahawa pemimpinpemimpin rumah panjang serta penyokongnya yang tidak menyokong BN pada pilihan raya lepas tidak seharusnya dikenakan sebarang hukuman, seperti menafikan pemberian geran tahunan mereka.

Menurutnya sekiranya BN menghukum pemimpin-pemimpin rumah panjang itu sebagaimana yang dicadangkan sesetengah pihak, ia akan hanya menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan mereka. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain