suria

Polis tahan lelaki rampas 1kg tumbuhan kering dipercayai ganja

KUNAK: Polis menahan seorang lelaki dan merampas satu kilogram tumbuhan kering dipercayai ganja berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Lahad Datu-Kunak malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kunak ASP Tan Hiap Wah berkata lelaki tempatan berusia 22 tahun itu ditahan pada kira-kira pukul 9.50 malam ketika cuba melarikan diri dengan sebuah kereta selepas menyedari gerak gerinya diperhati polis.

Hasil pemeriksaan terhadap sebuah beg yang cuba dicampak keluar dari kereta itu mendapati ia mengandungi tumbuhan kering seberat satu kilogram dipercayai ganja, katanya.

Beliau berkata lelaki yang merupakan penganggur itu kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain