suria

Pemuda Pengkalan Chepa calonkan Khairy

KOTA BHARU:Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan pada pemilihan parti Mac depan.

Pada persidangan perwakilannya di sini hari ini yang dihadiri 182 anggota daripada 52 cawangan, Khairy mendapat 109 undi manakala anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memperoleh 49 undi manakala anggota perwakilan lain tidak mengundi.

Bahagian itu mencalonkan anggota Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain