suria

Idris ambil sikap tunggu dan lihat pada pencalonan

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh bersedia untuk bertanding bagi jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) ataupun Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan, bergantung kepada pencalonan daripada perwakilan.

Beliau berkata tidak seperti caloncalon lain, beliau akan mengambil sikap tunggu dan lihat terlebih dahulu pencalonan yang dikemukakan oleh bahagianbahagian sebelum membuat sebarang keputusan.

"Jika ada cadangan dan pencalonan yang cukup saya akan bertanding. Saya lebih suka orangorang Umno menilai sendiri pemimpin mereka, dan saya lebih suka jika pencalonan itu datang dari akar umbi," katanya.

Menjawab satu soalan sekiranya beliau bersedia untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden sekiranya mendapat pencalonan, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jertih berkata:

"jika ada pencalonan yang mencukupi, tandinglah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis Mesra Aidilfitri bersama kepimpinan Badan Perhubungan Umno Terengganu dan pemimpin masyarakat semua peringkat di sini, petang ini, yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir pada majlis itu adalah Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden Umno.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar mengumumkan untuk mempertahankan jawatan Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang disandangnya.

Katanya tujuan beliau menawarkan diri untuk bertanding adalah untuk turut sama membantu memperkuat dan memperkasakan parti demi melihat bukan sahaja parti Umno, tetapi juga Barisan Nasional terus releven kepada rakyat.

"Dengan rasa rendah diri, dan semangat juang yang kental, jika diberikan peluang saya akan bersama dengan kepimpinan baru kepimpinan baru untuk menjadikan Umno sebagai parti utama negara, sekaligus meranapkan Pakatan Rakyat," katanya.

Abdul Rahman berkata beliau akan berpegang kepada cogan kata 'Tradisi Membela Rakyat' dalam apa juga tindakan demi menjadikan UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu yang kekal relevan sampai bila-bila. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain