suria

Ismail Sabri tawar diri bertanding Majlis Tertinggi Umno

KUALA TERENGGANU: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob menawarkan diri untuk bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi(MT) UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera di Pahang berkata beliau keputusan itu dibuat bagi membolehkan dirinya yang menjaga Kementerian Belia dan Sukan membawa suara golongan muda ke dalam MT jika beliau diberi peluang menduduki jawatan itu.

"Saya menawarkan diri untuk bertanding MT jika ada pencalonan dan sokongan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Memperkasakan Pertubuhan Belia 2008 peringkat negeri Terengganu, di sini malam tadi.

Ismail berkata suara golongan muda perlu diberikan perhatian kerana kira-kira 46 peratus daripada penduduk negara ini adalah terdiri daripada golongan muda.

Katanya, suara golongan muda ini amat penting didengari oleh parti penting kerana 200,000 golongan itu mendaftar sebagai pengundi setiap tahun.

"Segala masalah belia boleh dibawa ke dalam Majlis Tertinggi melalui saya jika sekiranya saya diberi peluang untuk berada dalam MT nanti.

"Bagaimanapun ia bergantung kepada pencalonan yang bakal saya terima nanti, kalau ada sokongan dan ada pencalonan saya akan bertandinglah," katanya. BENAMA

Artikel Lain