suria

Isu Hindraf Anwar salahkan akhbar tempatan bangkitkan kemarahan

KUALA LUMPUR:Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata sebuah akhbar tempatan yang melaporkan isu mengenai tindakan Hindraf semasa rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri dan menteri kabinetnya bertujuan membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Anwar berkata, isu sebenarnya ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan beliau sebagai zalim serta perlu diperbetulkan.

"Orang ditahan di bawah akta yang zalim kena dibebaskan. Jangan nak tukar (topik).

"Orang zalim kena dibetulkan kesalahan mereka," katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media selepas menghadiri prosiding kes liwatnya di Mahkamah Sesyen. BERNAMA

Artikel Sebelum

Teresa saman Utusan RM30 juta

Artikel Berikut

30 maut gempa bumi dekat Lhasa

Artikel Lain