suria

Annuar Musa timbang cadangan tanding Naib Presiden

KOTA BAHARU Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa meminta tempoh beberapa hari bagi memikirkan cadangan Pemuda Umno negeri supaya beliau bertanding untuk jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Mac tahun depan.

"Saya perlu menilai persepsi dan sokongan akar umbi serta keupayaan saya dalam menyumbang kepada senario baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini beliau pernah membuat keputusan untuk tidak bertanding apaapa jawatan kerana ingin membantu presiden dan timbalan presiden.

"Bagaimanapun dengan perubahan terbaru ini, saya sememangnya perlu menilai semula peranan untuk parti, dengan itu saya sedia menimbang dengan serius gesaan Pemuda," katanya.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dali Husin mencadangkan Annuar bertanding jawatan Naib Presiden berdasarkan kepada pengalaman luas beliau dalam politik tanah air. BERNAMA

Artikel Sebelum

Teresa saman Utusan RM30 juta

Artikel Berikut

30 maut gempa bumi dekat Lhasa

Artikel Lain