suria

Saman fitnah Rayuan MP Kapar ditolak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar P.M. Manikasavagam perlu menjawab saman fitnah RM10 juta yang difailkan terhadapnya oleh bekas Ketua Polis Daerah Sentul K. Kumaran.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Patail menolak rayuan Manikasavagam untuk mengenepikan keputusan timbalan pendaftar yang menolak permohonan anggota Parlimen itu untuk menggugurkan saman itu.

Kumaran, 42, mendakwa pada 2 Ogos tahun lepas, Manikasavagam mengeluarkan kenyataan akhbar yang mengandungi dakwaan berunsur fitnah dan palsu terhadap reputasi dan imejnya sebagai pegawai kanan polis.

Pada 4 September, Manikavasagam, 43, memohon untuk menggugurkan saman itu atas alasan ia remeh-temeh, menyakitkan hati dan melanggar proses mahkamah dan Kumaran tidak mempunyai locus standi untuk mengambil tindakan.

Pada 30 April, Timbalan Pendaftar Azhaniz Teh Azman menolak permohonan itu. BERNAMA

Artikel Lain