Pemuda Gerakan syor BN tubuh sekretariat khas terima ahli langsung

KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) mengadakan sekretariat khas bagi membolehkan rakyat menyertai terus BN tanpa perlu menjadi anggota mana-mana parti komponen BN.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pemuda Gerakan, Stephen Doss berkata, cadangan berkenaan sejajar dengan aspirasi banyak pihak untuk menjadikan BN sebagai parti berbilang kaum.

"BN harus diuruskan secara profesional dan cadangan penubuhan sekretariat itu merupakan permulaan bagi kewujudan satu parti yang berasaskan kepada semua kaum," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Pemuda Gerakan juga mengesyorkan supaya satu Perhimpunan Agung BN diperkenalkan.

Pada masa ini perhimpunan agung hanya diadakan di peringkat parti-parti komponen.

"Sudah tiba masanya, BN mengadakan satu perhimpunan agungnya sendiri dan saya cadangkan setiap parti komponen menghantar 50 orang wakil ke Perhimpunan Agung BN," kata Doss.

Pergerakan itu turut mempertikaikan jawatan Pengerusi BN yang selama ini dipegang oleh Presiden Umno dan mencadangkan supaya jawatan itu dibuka kepada manamana pemimpin parti komponen BN.

"Jawatan Pengerusi BN tidak semestinya diberikan kepada Presiden Umno sahaja tetapi Pengerusi BN boleh dipilih oleh perwakilan di dalam parti komponen BN itu sendiri," katanya.

Pada sidang akhbar itu, Pemuda Gerakan turut mencadangkan Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan sebuah Universiti Rakyat yang membolehkannya menerima semua pelajar yang layak tanpa memperuntukkan kuota untuk mana-mana kaum. BERNAMA

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain