suria

MP Sri Gading tawar tanding Timbalan Pengerusi Tetap Umno

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno pada pemilihan parti itu Mac depan.

Katanya, beliau mengambil keputusan itu selepas penyandang jawatan itu Datuk Badruddin Amiruldin mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan Pengerusi Tetap.

"Pada saya, macam jawatan itu (Timbalan Pengerusi Tetap Umno) kosonglah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada beliau mendapat sokongan untuk bertanding jawatan itu, Mohamad berkata kebanyakan ketua bahagian yang mengetahui hasratnya berjanji untuk memberi sokongan.

"Saya tidak dapat hendak tentukanlah (sokongan). Kita lihatlah bagaimana pencalonan apabila mesyuarat bahagian mula adakan persidangan perwakilan tidak lama lagi," katanya. BERNAMA

Artikel Lain