suria

Tiga pendatang tanpa izin diberkas cuba seludup 92000 paket mercun

SEMPORNA: Polis Sabah memberkas dua lelaki dan seorang wanita dipercayai pendatang tanpa izin kerana cuba menyeludup 854 bungkusan rokok dan 92,000 paket mercun ke negeri ini melalui perairan pulau Boheydulang, dekat pekan Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohamad Azim Abdullah berkata ketiga-tiga pendatang terbabit diberkas pasukan Polis Gerakan Am (PGA) selepas dikejar berhampiran Pulau Boheydulang kira-kira 8.15 malam.

Mohamad Azim berkata sebaik ketiga-tiga pendatang tanpa izin yang berumur antara 20 dan 25 tahun itu menyedari kehadiran anggota PGA, mereka cuba melarikan diri dengan menggunakan bot, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

"Anggota PGA cuba mengejar bot yang mereka naiki, dan selepas itu bot penyeludup cuba merempuh bot PGA tetapi tidak berjaya, sebaliknya bot mereka terbalik. Anggota PGA kemudiannya menahan ketiga-tiga mereka untuk siasatan lanjut," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain