suria

Ketua Umno Cawangan Kampung Ubai tawar diri tanding Naib Presiden

KUANTAN:Ketua Umno Cawangan Kampung Ubai, Pekan Mohammad Hanapi Salleh mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan, sekiranya mendapat pencalonan.

Mohammad Hanapi, 53, yang memegang jawatan Ketua Umno cawangan itu sejak 32 tahun lepas berkata pertandingan dalam parti mencerminkan demokrasi masih hidup di dalam Umno dan ia merupakan satu perkembangan positif.

"Setiap ahli berhak bertanding bagi manamana jawatan jika mempunyai kelayakan dan sokongan mencukupi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) dan Umno memerlukan perubahan dan diperkukuhkan supaya seluruh lapisan masyarakat dapat menerima dan memberi sokongan padu kepada parti itu.

Mohammad Hanapi pernah membawa usul tergempar supaya Timbalan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding jawatan Presiden Umno pada mesyuarat cawangan itu sebelum ini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain