suria

China arahkan pengawasan 24 jam di kilang tenusu

BEIJING: China mengerahkan 5,000 merinyu kesihatan bagi menjalankan pengawasan 24 jam di kilangkilang tenusu di seluruh negara sebagai langkah menangani skandal susu tercemar yang telah menyebabkan produk susu negara itu ditolak di dalam dan di luar negara.

Wang Yong, yang baru dilantik mengetuai pasukan pengawasan pusat, berjanji akan memperkenalkan pembaharuan besarbesaran dalam pengeluaran produk tenusu selain akan memecat manamana merinyu kualiti yang gagal melaksankan tugas dengan baik ekoran skandal itu yang telah menyebabkan empat bayi mati dan 53,000 lagi menghadapi masalah buah pinggang.

"Tahap keselamatan makanan bukan sahaja melibatkan kesihatan orang ramai tetapi ia juga nadi perniagaan," kata Wang seperti dipetik oleh agensi berita Xinhua.

Beliau berkata lebih banyak pusat akan dilantik menjalankan ujian terhadap melamin, sejenis kimia perindustrian yang diharamkan digunakan untuk pengeluaran makanan, tetapi dalam kes susu tercemar ini, telah dicampurkan dengan susu bagi menunjukkan kandungan proteinnya kelihatan tinggi. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain