suria

Ali Rustam Bina replika Anwar buktikan PKR dewadewakan pemimpin

MELAKA: Pembinaan replika gergasi gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewadewakan pemimpinnya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata adalah lebih baik wang bagi membina replika itu digunakan untuk membantu rakyat miskin.

"Saya nak tanya pada Pas, apakah pembinaan replika Anwar ini diluluskan oleh Pas," katanya kepada pemberita selepas melawat projek Kota Gemilang di Ayer Keroh di sini hari ini.

PKR dan Pas menganggotai Pakatan Rakyat bersama DAP.

Menurut laporan sebuah akhbar itu, replika setinggi 12.2 meter itu dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan penyokong Anwar. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain