suria

Tiga calon Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat dari Kelantan

KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan menamakan tiga calon ketua Pemuda bahagian untuk merebut kerusi Exco di peringkat Pusat pada pemilihan Mac depan.

Ketuanya Dali Hussin berkata mereka ialah setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian, Ketua Penerangan Pemuda Umno Negeri, Affendi Yusof yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pasir Mas dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Gua Musang, Bazlan Baharuddin.

Calon-calon berkenaan diharap dapat diterima dan disokong oleh perwakilan termasuk dari negeri lain memandangkan pemilihan sebelum ini wakil Pemuda dari Kelantan tidak terpilih, katanya kepada Bernama.

"Kita nak pastikan wakil kita ada di peringkat pusat, dengan cara itu mereka dapat beri perhatian dan membawa suara kita ke peringkat pusat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. BERNAMA

Artikel Lain