suria

Kien KeatBoon Heong menang Chong Wei kecundang

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong muncul juara badminton Terbuka Macau manakala pemain perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei kecundang pada perlawanan akhir kejohanan itu.

Kien Keat/Boon Heong, juara bertahan kejohanan dan pilihan utama menewaskan pasangan Taiwan Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu 21-16, 21-18 dalam masa 31 minit.

Manakala dalam perseorangan lelaki, pemenang pingat Perak Sukan Olimpik Beijing Chong Wei tewas kepada pemain Indonesia Taufik Hidayat 21-19, 21-15.

Sejak memenangi pingat pada Olimpik Beijing dan mengambil alih kedudukan pemain nombor satu dunia daripada pemain China Lin Dan, Chong Wei gagal meningkatkan kedudukannya selepas gagal memenangi tiga perlawanan akhir -- Terbuka Jepun, Terbuka Taiwan dan Terbuka Macau.

Pada perlawanan perseorangan wanita, Zhou Mi dari Hong Kong menamatkan harapan pemain Malaysia Julia Wong Pei Xian apabila pemenang pingat gangsa Olimpik Athens itu menewaskan pemain negara 21-13, 21-19 dalam masa 36 minit untuk muncul juara.

Perlawanan akhir beregu wanita antara dua pasangan China menyaksikan Cheng Shu/Zhao Yunlei menewaskan Ma Jin/Wang Xiaoli 21-15, 21-18.

Beregu campuran China Xu Chen/Zhao Yunlei membuat kejutan apabila menewaskan pilihan pertama Yohan Hadikusumo Wiratama/Chau Hoi Wah dari Hong Kong 21-15, 21-16.

KEPUTUSAN:

PERSEORANGAN LELAKI:

Taufik Hidayat (INA) mn Lee Chong Wei (MAS) 21-19, 21-15

BEREGU LELAKI:

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) mn Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu (TPE) 21-16, 21-18

PERSEORANGAN WANITA:

Zhou Mi (HKG) mn Julia Wong Pei Xian (MAS) 21-13, 21-19

BEREGU WANITA:

Cheng Shu/Zhao Yunlei (CHN) mn Ma Jin/Wang Xiaoli (CHN) 21-15, 21-18

BEREGU CAMPURAN:

Xu Chen/Zhao Yunlei (CHN) mn Yohan Hadikusumo Wairatama/Chau Hoi Wah (HKG) 21-15, 21-16.BERNAMA

Artikel Lain