suria

Rakyat Thailand maut dipukul

SIK: Seorang lelaki rakyat Thailand mati selepas dipercayai dipukul menggunakan objek keras dalam pergaduhan di Kampung Kuala Hai, Jeneri di sini semalam.

Mayat lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah akibat cedera parah di kepala dalam sebuah rumah di kampung itu.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Zaidung Mustaffa berkata kejadian dilapor berlaku pada pukul 3.30 petang dan pergaduhan dikatakan berlaku selepas mereka minum minuman keras.

"Lelaki yang mati itu memasuki negara ini beberapa bulan lepas menggunakan Pas Lawatan Sosial," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu polis menahan seorang rakan mangsa bagi membantu siasatan dan mencari seorang lagi lelaki yang menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah siasat, katanya. BERNAMA

Artikel Lain