suria

Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes samun rogol

JOHOR BAHARU: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes samun dan rogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di sini semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor ACP Che Yusuf Che Ngah berkata lelaki berusia 20 dan 25 tahun itu ditahan di kawasan sekitar Kempas pada pukul 10.30 malam ini.

"Polis kini berusaha menjejak lapan lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes itu," katanya ketika dihubungi di sini. BERNAMA

Artikel Lain