Pengusaha feri beri jaminan khidmat feri mencukupi - Semasa | mStar

Pengusaha feri beri jaminan khidmat feri mencukupi

ALOR STAR: Beberapa pengusaha feri yang menyediakan perkhidmatan bagi perjalanan antara Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi hari ini memberi jaminan perkhidmatan itu mencukupi bagi menampung kehadiran pelancong sempena musim cuti hari raya ini.

Pengurus Ekspress Bahagia Wong Sie Kiong berkata 35 buah feri dari empat syarikat bersedia memberi perkhidmatan bagi perjalanan ke Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis.

"Kita akan menambah bilangan feri dan waktu perjalanan sekiranya kehadiran pelancong terus meningkat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai berpuluh-puluh pengunjung yang ingin menghabiskan cuti Aidilfitri di Langkawi terkandas lebih lima jam di jeti Kuala Kedah semalam.

Wong berkata kejadian yang berlaku semalam disebabkan jumlah mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan feri yang trlalu ramai dalam satusatu masa.

Katanya kehadiran mereka secara mengejut pada masa yang sama menjadikan suasana kelam kabut walaupun perkhidmatan feri yang disediakan sebenarnya mencukupi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis rampas 3 571 biji pil kuda

Artikel Berkaitan

Artikel Lain