suria

Penamaan pemilihan calon parti Gerakan berlangsung hari ini

KUALA LUMPUR: Penamaan pemilihan bagi badan induk parti Gerakan berlangsung hari ini di Dewan Perak, Menara PGRM, di sini.

Proses penamaan calon yang bermula pukul 10 pagi itu meyaksikan pertandingan merebut jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa.

Keputusan bagi calon yang akan bertanding bagi jawatan-jawatan tersebut akan diketahui selepas penamaan pemilihan ditutup pada pukul 12 tengah hari ini.

Semalam, Datuk Tan Lian Hoe berjaya mengekalkan jawatan Ketua Wanita Gerakan tanpa bertanding.

Lian Hoe, Ahli Parlimen Lenggong, merupakan Timbalan Menteri Penerangan.

Pada 3 Ogos lalu, beliau telah menang tanpa bertanding mengekalkan jawatan Ketua Wanita Gerakan Perak yang disandang sejak 2005.

Pada pemilihan parti lepas, beliau memenangi jawatan Ketua Wanita Gerakan selepas mengalahkan Ketua Wanita Gerakan Kuala Lumpur Surin Leong Soo Yong dengan majoriti selesa 218 undi.

Jawatan Naib Ketua Wanita pula akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara ketua Wanita Negeri Sembilan Chin Nyuk Chin; Ketua Wanita Melaka, Yong Fuie Moy; Ketua Wanita Kedah, Eng Gaik Hong; dan Ketua Wanita Selangor, Azmar Md Ilias.

Jawatan Timbalan Ketua Wanita menyaksikan persaingan antara Ketua Wanita Pulau Pinang, Ng Siew Lai dan Ong Kim Suan.

Sementara itu, seramai 19 calon akan merebut 18 jawatan Ahli Jawatankuasa Wanita Kebangsaan.

Dalam pada itu, jawatan Ketua Pemuda Gerakan pula menyaksikan persaingan tiga penjuru iaitu Timbalan Ketua Pemuda pusat, Lim Si Pin; Ketua Pemuda Kedah, Tan Keng Liang dan Ketua Pemuda Negri Sembilan, Chai Tek Loong.

Ketua Pemuda pusat Gerakan kosong selepas penyandang jawatan itu, Datuk Mah Siew Keong sudah melebihi umur 45 tahun untuk terus memimpin saya tersebut.

Pemilihan akan berlangsung pada 10 Oktober ini.

Artikel Lain