Saiful Perjuangan belum selesai - Semasa | mStar

Saiful Perjuangan belum selesai

PETALING JAYA: Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadu dia diliwat majikan, menyifatkan perkembangan terbaru dalam hidupnya sebagai "perjuangan belum selesai" dan masih bersemangat untuk menegakkan kebenaran.

"Maklumlah perjuangan belum selesai. Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

"Allamdullilah saya sihat walafiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti," katanya.

Saiful menyatakan demikian dalam tulisan terbaru blognya sempena Aidilfitri.

Kali terakhir blognya dihiasai tulisannya ialah 1 Ogos lalu.

Kali ini, dia yang turut menyentuh tentang sambutan 1 Syawal kali ini berkata, "berlinang air mata tatkala melihat pusara Allahyarhamah (ibu) kelmarin (Sabtu lalu)."

Katanya, walaupun sudah empat bulan tidak menziarahi tetapi bunga dan pokok tumbuh subur mengeluarkan bunga yang cantik.

"Telah saya cuci dan hias pusaranya sesuai dengan Allahyarhamah yang cantik orangnya.

"Tahun ini genap empat tahun Syawal disambut tanpa ibunda tercinta Allahyarhamah Halina Mohd Alip.

"Rindu yang tak terkata tatkala teringat membantu Allahyarhamah membuat persiapan kuih muih menjelang Syawal. Kuih tart dan kek buah sudah menjadi kewajipan setiap syawal untuk dibawa ke kampung. Semoga Roh beliau senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t." katanya.

Saiful menambah, tahun ini juga buat pertama kalinya dia tidak dapat menyambut Hari Lebaran bersama adik dan keluarga tercinta.

"Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tunang saya yang tercinta, bapa, keluarga, saudara mara, sahabat handai yang amat saya rindui serta anda sekalian. Mohon maaf zahir dan batin," katanya.

Pada 24 September lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan bahawa ia mengumumkan pada 7 Oktober ini sama ada membenarkan atau tidak permohonan pendakwaan agar perbicaraan kes liwat terhadap Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Anwar, 60, dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika didapati bersalah, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Anwar kini dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL