suria

PM: BN komited laksanakan amanah rakyat

KUALA LUMPUR Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) memang komited dalam melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat, meskipun senario politik semasa tidak menyenangkan hati rakyat.

Perdana Menteri berkata, dalam apa jua keadaan sekalipun, kerajaan akan memastikan bahawa tanggungjawab mengurus dan mentadbir negara akan terus dilaksanakan dengan penuh berhemah dan berdedikasi, dan tidak akan sekali-kali mengabaikan tugas mentadbir negara.

Abdullah dalam perutusan Hari Raya juga mengingatkan rakyat bahawa sejak zaman pramerdeka lagi, negara sentiasa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan ujian yang mencabar, dan dalam setiap dugaan itu Malaysia berjaya setiap kali.

"Namun Alhamdulillah, setiap ujian dan cabaran yang mendatang itu berjaya kita hadapi dengan jayanya.

"Boleh dikatakan, setiap cabaran dan ujian itu juga telah mematang dan mendewasakan kita serta menjadikan Malaysia sebuah negara yang semakin utuh untuk terus melangkah maju ke hadapan," jelas beliau.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, beliau melihat perpaduan antara kaum sebagai tunjang utama yang membolehkan negara menghadapi apa jua rintangan dan cabaran selama ini. BERNAMA

Artikel Berikut

Aidilfitri disambut Rabu ini

Artikel Lain