Najib: Asas ekonomi kukuh, Malaysia mampu hadapi ketidaktentuan - Semasa | mStar

Najib: Asas ekonomi kukuh, Malaysia mampu hadapi ketidaktentuan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, fundamental ekonomi Malaysia berada dalam keadaan kukuh bagi mengharungi kesan buruk perkembangan ekonomi AS dan pasaran kewangan antarabangsa.

"Sistem perbankan kita hari ini berada dalam keadaan baik dan kukuh dengan mempunyai penampan untuk menghadapi kegawatan kewangan semasa," kata Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, di satu sidang media di sini hari ini.

"Infrastruktur kewangan yang telah diperkasakan dan pasaran kewangan yang matang telah meningkatkan ketahanan sistem kewangan kita bagi menghadapi kejutan luar," katanya.

Najib berkata, kecairan dalam sistem perbankan kekal mencukupi dan pembiayaan kepada sektor swasta, yang berkembang 13 peratus pada Ogos, telah terus berkembang. Sementara itu, pinjaman tidak berbayar (NPL) kini dicatatkan 2.5 peratus dan telah menurun secara tetap sejak 2003.

Kebimbangan global kian memuncak sejak Wall Street menjunam semalaman berikutan penolakan rancangan menyelamat kewangan AS$700 bilion oleh para penggubal undang-undang AS.

Kerajaan berkeyakinan terhadap institusi kewangan negara ini dan pasaran saham sedang dipantau, katanya ketika ditanya mengenai kebimbangan terbesar kerajaan.

"Hari ini, kejatuhan harga saham di Malaysia kurang ketara berbanding dengan Dow Jones, London dan sesetengah pasaran Asean.

"Kita yakin bahawa kita boleh menghadapi keadaan itu walaupun ada perkara yang membimbangkan berkaitan dengan pertumbuhan, tetapi kita yakin kita tidak akan menghadapi keadaan yang buruk berbanding dengan bahagian lain di dunia," katanya.

Sehubungan itu, katanya sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal pada kadar 5.55.7 peratus.

Bagaimanapun, jika muncul lebih banyak berita buruk dari AS dan keadaan semasa mendorong kepada kemelesetan yang ketara, kerajaan kemungkinan perlu menilai semula keadaan, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pegawai kerajaan ditahan BPR kerana rasuah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain