suria

Syor tubuh Yayasan, Akademi A. Samad Ismail

KUALA LUMPUR: Sebuah agensi swasta, Press Forum of Asia (PFA) merancang menubuhkan Yayasan dan Akademi Kewartawanan A. Samad Ismail bagi mengenang jasa dan meneruskan legasi penulisan bapa kewartawanan Malaysia itu.

PFA ditubuhkan di Malaysia sejak 2006, berasaskan penubuhan Press Foundation of Asia yang berpusat di Manila.

Wakil urusetia PFA Datuk Ahmad Abdul Talib berkata, yayasan dan akademi itu kelak antara lain akan berperanan mengkaji tentang pencapaian dan hala tuju industri media dan impaknya kepada masyarakat dan kerajaan.

Bagi menjayakan satu struktur yayasan dan akademi yang kukuh, PFA memerlukan sokongan daripada rakan media untuk membincangkan lebih lanjut tentang persediaan penubuhannya, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

"Rakan media boleh menghubungi saya sendiri di [email protected] atau [email protected]. untuk berbincang dengan lebih lanjut," katanya.

Ahmad berkata, dengan adanya kajian seperti itu, wartawan yang sedang berkhidmat dapat memperluaskan lagi pendedahan mereka di dalam industri media yang sentiasa berubahubah dan mencabar.

"PFA juga akan menyediakan kursuskursus jangka pendek menyentuh isuisu terkini yang memerlukan penelitian seperti isu ekonomi dan komoditi dengan lebih mendalam," katanya.

Katanya, akademi itu kelak akan dijadikan pusat latihan kewartawanan serantau. BERNAMA

Artikel Lain