suria

Hutang dipercayai punca peniaga balak dibunuh

KOTA BAHARU: Hutang perniagaan dipercayai menjadi motif pembunuhan ahli perniagaan balak, Mohamad Salleh, 60, di Pulau Melaka di sini dua hari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Mazlan Lazim berkata kejadian itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan perniagaan.

Mohamad ditembak mati dalam kenderaannya ketika dalam perjalanan bersama keluarganya ke masjid untuk solat terawih.

"Sesiapa yang melihat dua lelaki yang menunggang motosikal yang meragukan berdekatan rumah mangsa sebelum kejadian supaya menghubungi polis," katanya. BERNAMA

Artikel Lain