suria

Petikan kenyataan media Presiden Umno semalam

"Saya belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini. Saya berhasrat untuk mengumumkannya sebelum mesyuarat bahagian."

"Kalau diawalkan, tidak adalah original punya 2010 itu. Tak timbullah."

"Ia adalah bagi membuat penyerahan apa juga yang diperlukan... peraturanperaturan apa yang hendak saya laksanakan nanti, apa juga. Ini akan diputuskan antara saya dan Najib (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak."

"Bertanding atau tidak, saya yang akan putuskan."

"Semuanya akan berjalan seperti biasa. Itu jelas dan tiada sesuatu yang mengelirukan dan itulah yang sebaikbaiknya. Apa juga perubahan tentunya boleh membawa banyak kesusahan dan tidak akan membawa apaapa kebaikan tambahan."

"Kalau ditangguhkan nanti tentu melibatkan prosedur yang lain... tentulah menyusahkan. Semua bahagian akan bermesyuarat seperti biasa. Ada bahagian yang sudah menetapkan tarikh."

"Tidak ada apa-apa pada hari ini. Tidak ada langsung mengenai perkara itu. Mungkin ada dua atau tiga orang yang rasa begitu. "Tapi kebanyakan (anggota MT) tidak ada satu-satu sebab mengapa nak desak sebab mereka tahu bahawa hubungan saya dengan Datuk Seri Najib adalah satu hubungan yang baik. "Apa-apa perkara pun, keduadua kami ada satu persefahaman yang baik. Tidak ada masalah yang timbul mengenai perkara ini.

Artikel Berikut

574 produk disahkan bebas Melamine

Artikel Lain