'Peralihan dipercepat bukan kerana desakan saya' - Muhyiddin - Semasa | mStar

'Peralihan dipercepat bukan kerana desakan saya' - Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin menulis sesuatu ketika menanti kedatangan Abdullah Ahmad Badawi bersama Datuk Seri Najib Tun Abduk Razak untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur, pagi semalam. - foto The Star oleh AZMAN GHANI
MUHYIDDIN Yassin menulis sesuatu ketika menanti kedatangan Abdullah Ahmad Badawi bersama Datuk Seri Najib Tun Abduk Razak untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur, pagi semalam. - foto The Star oleh AZMAN GHANI

MUAR:Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempercepatkan peralihan kuasa kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak setahun lebih awal dari pelan asal Jun 2010 bukan kerana desakan beliau.

Beliau menjelaskan, pandangannya tentang kepimpinan Perdana Menteri selama ini yang kadangkala terasa lebih tajam dan pedas bukan berniat untuk menyinggung perasaan tetapi adalah untuk kepentingan masa depan parti

"Apa yang diputuskan itu bukan kerana desakan saya. Saya kira Perdana Menteri mengambil kira semua perkara.

"Kita harap apa yang diputuskan oleh Pak Lah dapat diterima dengan baik oleh semua," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil di surau Jalan Bakri di sini, malam tadi. Beliau berkata demikian semasa ditanya pemberita mengenai adanya tanggapan bahawa keputusan Perdana Menteri itu adalah disebabkan oleh desakan-desakan beliau selama ini.

Pada mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam, Abdullah yang juga Presiden Umno mengumumkan MT membuat keputusan menunda tarikh perhimpunan agung parti itu yang sebelum ini dijadualkan Disember ini ke Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyifatkan keputusan itu akan melenyapkan soal ketidaktentuan politik negara sehingga membuatkan pelabur di dalam dan luar negara mengambil sikap tunggu dan lihat untuk melabur di negara ini.

"Proses peralihan kuasa ini akan memberi panduan lebih jelas kepada mereka dan tidak timbul lagi soal tidak ketentuan dalam negara ini," katanya.

Muhyiddin berharap anggota Umno akan terus bertaut kepada parti dan dapat memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti dan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mengenai penangguhan Perhimpunan Agung Umno ke Mac depan, beliau berkata, keputusan itu adalah munasabah dan berharap anggota parti tidak mempertikaikannya.

"Saya kira ia munasabah dan kita harap ia tidak dipertikaikan dan diterima dengan baik oleh semua ahli parti," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Petikan kenyataan media Presiden Umno semalam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini