suria

Melamine: 980 produk disahkan tidak tercemar

KUALA LUMPUR: Sebanyak 980 produk daripada 34 syarikat di pasaran telah disahkan tidak terlibat dengan pencemaran melamine sehingga kini.

Menurut kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, ia termasuk produk-produk tenusu dan mempunyai hasil tenusu yang dikeluarkan oleh Mead Johnson, Dumex, Nestle Manufacturing (M) Sdn Bhd, Fonterra Brands' (M) Sdn Bhd, Kilang Makanan Mamee, Dutch Lady, Ace Canning Cooperation, Maestro Swiss Food Sdn Bhd, Wyeth Malaysia, Malaysia Milk Sdn Bhd/Contra Enterprise, Glaxosmithkline, Abbott Laboratories,Yakult, Unilever, Snow Marketing Sdn Bhd dan Novalac (M) Sdn Bhd.

Produk daripada Blue Oasis (M) Sdn Bhd, Morinaga Milk Industry Co Ltd, Orient Europharma (M) Sdn Bhd, Cadbury Malaysia, Beryl's Chocolate and Confectionery Sdn Bhd, F&N Dairies (M) Sdn Bhd, AB Food & Beverages (Thailand) Ltd, F&N United Ltd, Thailand, Campbell Cheong Chan Sdn Bhd, Raviraj Sdn Bhd, Magic Food Sdn Bhd, Bun Guan Brothers Sdn Bhd, King's Creammaries Sdn Bhd, Country Farms Sdn Bhd, Esthetics International Group Bhd, Etika Dairies Sdn Bhd, Sejahtera United Sdn Bhd dan Tesco Stores (M) Sdn Bhd juga disahkan tidak tercemar oleh melamine.

Selain mendapat jaminan daripada pihak industri bahawa produk makanan tersebut tidak mengandungi susu yang diperolehi dari China, sampel juga diambil dan dianalisis oleh Jabatan Kimia bagi memastikan ia mematuhi standard.

Ini termasuk makanan berbentuk bijirin, kekeras dan hasil kekeras, konfeks, produk coklat dan susu serta produk susu.

Menurut kenyataan itu, 540 penyitaan bernilai RM92,366 telah dijalankan ke atas produk makanan yang disyaki tercemar dengan melamine.

Keputusan analisis bagi tiga lagi sampel produk makanan hari ini juga menunjukkan semuanya memenuhi standard bagi melamine dan menjadikan jumlah produk yang dianalisis setakat ini ialah 16 sampel.

Sampel makanan tersebut ialah Chocolate Coated Wafer (Passion), Oreo White Chocolate Wafer Stick (Kraft), Mini Cornetto Chocomint & Tiramisu Flavoured (Wall's), Moo Soft Cookie Sandwich (Wall's), susu tepung 123 Honey (Dutch Lady), susu tepung rumusan bayi (Frisolac), Mini Poppers Vanilla dan Strawberry Flavoured (Wall's), Honey Stars (Nestle), Drumstick Mini Chocolate dan Vanila (Nestle), Soft Cookies Sandwich (Wall's), Baby Bites dan Baby Bites Carrot (Take One), konfeksi ais perisan yogurt dengan buah pic, kismis dan nenas (King's Frutto).

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi talian hotline bilik gerakan di 03-88833655, 03-88833503, 03-88833500 dan 03-88833652 atau melayari http://fsq.moh/gov.my Talian di bilik gerakan dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam. BERNAMA

Artikel Berikut

574 produk disahkan bebas Melamine

Artikel Lain