suria

Polis Marin rampas 2,000 bungkus rokok seludup

TAWAU: Polis Marin di sini merampas 2,000 bungkus rokok bernilai RM110,000 yang diseludup masuk dari negara jiran di sini hari ini.

Ketua Polis Marin Wilayah Sabah ACP Manaf Othman berkata rokok itu dirampas pada 5.45 pagi tadi dari sebuah bot barang di kawasan perairan Ice Box manakala tiga orang termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan.

Semalam, Polis Marin merampas pelbagai barangan pengguna bernilai RM7,694 yang cuba diseludup ke negara jiran menggunakan bot penumpang.

Barangan yang dirampas termasuk 220 paket gula pasir, 320 paket minyak masak, 320 paket tepung jagung dan 560 kg daging kerbau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain