Pasangan suami isteri ditahan edar pil ecstacy - Semasa | mStar

Pasangan suami isteri ditahan edar pil ecstacy

IPOH: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak merampas 2,000 biji pil ecstacy bernilai RM100,000 daripada sepasang suami isteri dalam satu serbuan di Perhentian Plaza Tol Simpang Pulai di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak Supt Md Tahir Kasim berkata polis turut menahan pasangan suami isteri itu yang masing-masing berusia 45 dan 37 tahun di dalam sebuah kereta jenis Kia Spectra yang diletakkan di kawasan parkir plaza tol berkenaan pada 7 petang, Rabu lepas.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui sebuah beg kertas di ruang kaki penumpang hadapan kereta berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Md Tahir berkata pasangan suami isteri itu yang berasal dari Cheras, Selangor dipercayai terlibat mengedar pil berkenaan di pusat hiburan di sekitar bandar raya ini. Beliau berkata sebiji pil itu dianggarkan berharga RM50 dan nilai keseluruhan rampasan kira-kira RM100,000.

Kedua-dua suspek itu ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pekerja restoran warga Vietnam mati dibunuh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Agong cari penyelesaian terbaik