Muhyiddin: Penangguhan bukti Abdullah utamakan parti - Semasa | mStar

Muhyiddin: Penangguhan bukti Abdullah utamakan parti

KUALA LUMPUR: Keputusan yang dicapai pada mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno hari ini dianggap sebagai bukti bahwa Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih mengutamakan kepentingan parti dan menghormati pendapat anggota parti.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata biarpun sebelum ini banyak pihak termasuk dirinya pernah mengemukakan pelbagai pandangan termasuk meminta peralihan kuasa dipercepatkan, namun Abdullah masih meletakkan kepentingan parti melebihi yang lain.

"Saya hendak menyatakan di sini sanjungan dan penghormatan kepada presiden kerana Pak Lah telah secara ikhlas mengambil kira semua perkara...nampak beliau lebih mengutamakan parti dan menghormati pandanganpandangan ahli," katanya yang ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan perancangan itu sedangkan belum ada kepastian berhubung tarikh sebenar proses peralihan kuasa itu akan dipercepatkan, Muhyiddin berkata: "Saya rasa kita perlu ada keyakinan."

Dalam mesyuarat hari ini, MT Umno membuat keputusan menunda tarikh Perhimpunan agung parti itu ke Mac tahun depan dari tarikh asal Disember ini tetapi mengekalkan tarikh mesyuarat pemilihan Umno bahagian yang bermula 9 Okt nanti. Muhyiddin berkata keputusan mengekalkan tarikh mesyuarat pemilihan di peringkat bahagian adalah keputusan yang amat tepat kerana anggota mahu proses pemilihan di peringkat itu diteruskan supaya tidak mengganggu proses demokrasi yang telah ditetapkan.

Katanya penangguhan Perhimpunan Agung itu juga mungkin hasil perbincangan dari hati ke hati antara Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak beberapa bulan lepas dengan mengambil kira sentimen dan pandangan ahli di peringkat akar umbi.

"Saya harap dengan keputusan telah dibuat atas sebab-sebab yang dianggap berpatutan ini walaupun pemilihan itu dilewatkan sehingga Mac tahun depan, maka ahli-ahli di seluruh negara tidak akan merasa ini menyalah guna kedudukan dan kuasa.

"Ini adalah sesuatu yang dibuat atas pertimbangan yang bijaksana atas kehendak parti selepas kepimpinan tertinggi berbincang mencari kata sepakat," katanya.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata anggota MT menyambut baik penangguhan Perhimpunan Agung kerana mahu meredakan keadaan politik kini yang menjadi "sedikit panas". Katanya Mac dipilih kerana itu adalah tempoh terakhir bagi Perhimpunan Agung perlu diadakan.

"Pak Lah juga umum pasal peralihan kuasa tapi Pak Lah tak umumkan bila. Jadi saya rasa ia (penangguhan itu) ada kena mengena dengan peralihan kuasa," katanya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula berkata keputusan penangguhan Perhimpunan Agung Umno itu diterima sebulat suara oleh MT kerana ia tidak menjejaskan mesyuarat bahagian nanti. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Murugiah jawab Syed Hamid: 'Ini urusan saya'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain