Langkah Umno tangguh AGM jaga 'parti, maruah dan kepanasan' - Semasa | mStar

Langkah Umno tangguh AGM jaga 'parti, maruah dan kepanasan'

KUALA LUMPUR: Keputusan menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Umno ke Mac depan dilihat dapat meredakan sedikit masalah dan pergolakan yang wujud dalam parti itu ketika ini.

"Penangguhan ke Mac tahun depan dapat redakan keadaan yang kelihatan seperti sedikit panas dalam beberapa ketika ini," kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini.

Katanya, ahli MT gembira dengan keputusan yang dicapai pada mesyurat kali ini kerana ia merupakan penyelesaian terbaik bagi mengatasi segala spekulasi yang timbul.

"Kami sangat gembira... ini adalah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk selesaikan semuanya," katanya.

Ditanya bagaimana dengan penerimaan ahli MT mengenai keputusan yang dicapai, beliau percaya keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua pihak.

"Saya fikir semua orang sokong, sokong semuanya. Sokong mengenai pelan peralihan yang Perdana Menteri cakap hari ini, sokong kekalkan tarikh mesyuarat bahagian dan juga sokong Perhimpunan Agung ditangguh ke Mac," katanya.

Menurut beliau, penangguhan Perhimpunan Agung yang dijadual Disember ini ke Mac tahun depan telah diusulkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan penangguhan Perhimpuan Agung Umno ke Mac depan ada kaitan dengan proses peralihan kuasa yang akan diawalkan.

"Pak Lah juga umum mengenai peralihan kuasa, tapi beliau tak umumkan bila.

"Jadi saya fikir ia ada kena-mengena penangguhan itu dengan peralihan kuasa, kita kena tunggulah," katanya.

Ditanya sama ada keputusan penangguhan itu dibuat bagi menjaga maruah Abdullah kerana menerima gesaan dari banyak pihak agar beliau berundur, beliau berkata: "Penangguhan itu adalah bagi menjaga kesemuanya... parti, maruah dan juga 'kepanasan'."

Sementara itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika ditemui berkata penangguhan tersebut mendapat sokongan sebulat suara.

"Saya fikir pihak bahagian akan menerimanya. Mesyuarat peringkat bahagian akan diteruskan seperti biasa iaitu pada Oktober nanti.

"Hanya Perhimpunan Agung sahaja akan ditangguhkan ke Mac depan," katanya.

Bagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein beliau menyokong penuh keputusan yang dicapai oleh MT Umno.

"Kita patuh dan yang paling penting ialah keputusan tersebut adalah untuk kekuatan parti.

"Saya lihat mesyuarat hari ini berjalan dengan cukup baik dan kami menyokongnya," katanya.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang turut bersetuju dengan keputusan tersebut berkata, perkara itu tidak harus menerima bantahan.

"Tak patutlah. Kita dah buat keputusan yang menyeluruh, tak patut ada sesiapa yang membantah," katanya.

Artikel Sebelum

Kuil di Ampang diroboh, MIC bidas MPAJ

Artikel Berikut

Lelaki dituduh bunuh bekas tunang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain