suria

Kedai emas berusia seminggu dirompak

JOHOR BAHARU: Sebuah kedai emas yang belum seminggu dibuka, dirompak hari ini.

Dua lelaki bersenjatakan pistol melarikan sekarung barangan kemas dipercayai rantai emas putih dari kedai emas itu yang terletak di sebuah pusat membeli belah di Jalan Tun Razak di sini.

Seorang pembantu kedai di kedai bersebelahan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.30 malam dan beliau menyedari mengenai kejadian itu apabila terdengar jeritan "rompak" dan melihat dua lelaki melarikan diri daripada kedai berkenaan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, ACP Che Yusuf Che Ngah berada di tempat kejadian tetapi enggan mengulas lanjut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain