Habuan seks ibarat sedekah, PKR anggap kesilapan bahasa - Semasa | mStar

Habuan seks ibarat sedekah, PKR anggap kesilapan bahasa

ZUL Hassan (kiri) dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail ketika berada di Jabatan Agama Islam Perak, Ipoh untuk membuat laporan pada Selasa lalu. 
Di kanan ialah Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parti, Usaili Alias.
ZUL Hassan (kiri) dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail ketika berada di Jabatan Agama Islam Perak, Ipoh untuk membuat laporan pada Selasa lalu. Di kanan ialah Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parti, Usaili Alias.

IPOH: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Perak, Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan seorang anggota parti itu bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan."

"Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah.

"Saya boleh komen setakat itu sahaja," katanya pada satu sidang akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, kepada sebuah akhbar bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Seorang lagi anggota parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.

Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria sebelum ini berkata bahawa kenyataan Zul itu adalah daripada orang yang jahil tentang hukum agama selain merupakan satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan.

Dalam sidang akhbar itu, Zulkifli meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 berhubung laporan yang dibuat kepada jabatan itu oleh Zul dan Fairul Azrim pada 23 September lepas bahawa mereka telah diperangkap oleh BPR untuk melakukan hubungan seks masingmasingnya dengan wanita dari China.

Seksyen berkenaan menyatakan bahawa seseorang yang menganjur, memujuk atau menggalakkan manamana orang melakukan apaapa pekerjaan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan.

"Kalau laporan itu tidak disiasat dan tidak diambil tindakan, ini ada masalah pada pentadbiran jabatan agama, dan akan menimbulkan persepsi kepada semua tentang (sama ada) kita serius untuk melaksanakan perundangan enakmen jenayah yang sudah diluluskan kerajaan negeri," katanya.

Peguam Mohd Asri Osman, yang mewakili Zul dan Fairul Azrim, ketika ditanya pada sidang akhbar itu tentang logiknya tindakan mendesak JAIP membuat siasatan itu sedangkan keduadua anak guamnya menerima habuan seks itu secara sukarela selain telahpun membuat pengakuan mengenainya, sekadar menjawab : "Itulah sebabnya kita mahu JAIP menyiasat secara objektif."

Fairul Azrim pernah ditahan oleh BPR berhubung dakwaan rasuah dan seks membabitkan sebuah projek pembangunan di Seri Iskandar dekat sini tetapi dilepaskan pada 21 Ogos lepas.

Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua anggota exco kerajaan negeri Perak dari PKR, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari depan di Mahkamah Sesyen di sini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Eurocopter dapat tender ganti Nuri - Abdullah

Artikel Berikut

Hari Malaysia 16 Sept wajar dijadikan cuti umum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain