suria

Penganggur miliki alat kejutan elektrik tanpa permit dipenjara setahun

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah memiliki sebuah alat kejutan elektrik tanpa permit, tiga bulan lepas.

Mohd Azlan Zainal Abidin, 28, mengaku melakukan kesalahan itu di Jalan Sungai Baru, Kampung Baru di sini, kira-kira 6.40 petang, 19 Jun lepas.

Dia juga dihukum penjara dua bulan bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan pada masa dan tarikh yang sama.

Bagaimanapun, Mohd Azlan hanya perlu menjalani hukuman penjara setahun selepas Majistret Hilmiah Yusoh memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap 19 Jun lepas.

Tertuduh yang mempunyai dua sabitan lampau melibatkan kes dadah didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahanbahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan sebat jika sabit kesalahan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain