suria

Kastam rampas pelbagai barang larangan bernilai RM340,000

KOTA BAHARU: Kastam Kelantan berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan dan merampas pelbagai barangan larangan termasuk mercun, bunga api, rokok dan beras bernilai RM340,000 sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengarah Kastam Negeri, Azis Yacub berkata, "Daripada jumlah itu, pihak kastam berjaya menyelesaikan 25 kes rampasan mercun dan bunga api membabitkan nilai RM240,000".

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, kebanyakan kes rampasan dilakukan di daerah Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubor berhampiran sempadan yang merupakan kawasan strategik untuk membawa masuk barangan larangan dari negara luar.

Menurutnya, sepanjang bulan ini juga pihaknya telah menahan lima suspek berhubung aktiviti penyeludupan, dua daripadanya wanita, kesemuanya berusia lingkungan 20 sehingga 69 tahun. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain