IMF: Kenaikan harga makanan terus jejaskan 50 negara - Semasa | mStar

IMF: Kenaikan harga makanan terus jejaskan 50 negara

DUBAI: Sejumlah 50 negara sedang membangun kekal berisiko di sepanjang 2009 ekoran dari kenaikan harga makanan dan bahan api, demikian menurut satu penilaian yang dikemas kini oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pengarah Urusan IMF, Dominique StraussKahn berkata, sementara komuniti antarabangsa sekarang ini memfokus kepada krisis kewangan yang sedang berlaku dalam negara maju, langkah itu juga penting untuk tidak mengalihkan perhatian dari apa yang disifatkannya "krisis lain" impak harga makanan dan bahan api yang tinggi serta berterusan dan melemahkan ke atas beberapa negara mundur dunia.

Dalam kenyataannya yang diterbitkan di sini, katanya, sementara harga makanan dan bahan api turun sedikit dalam beberapa bulan kebelakangan ini, parasnya jauh lebih tinggi berbanding paras sebelum berlakunya lonjakan harga.

"Kepada sejumlah besar negara terutamanya di Afrika ini merupakan satu kejutan yang signifikan," kata StraussKahn, selain menggesa komuniti antarabangsa untuk mengambil "tindakan lebih berani" dari segi penyaluran bantuan tambahan bagi membantu negara terjejas kerana kemiskinan.

Penilaian IMF yang dikemas kini menunjukkan bahawa impak kenaikan harga makanan dan bahan api ke atas negara sedang membangun, yang masih belum kelihatan berkurangan, telah berterusan merebak sejak laporannya sebelum ini pada Jun.

Setakat pertengahan September, harga minyak turun 40 peratus di bawah paras harga tertingginya pada pertengahan Julai, tetapi masih sekali ganda lebih tinggi berbanding paras yang dicatatkan pada lewat 2006.

Harga makanan turut menyusut lapan peratus berbanding harga tertinggi pada Jun tetapi masih melebihi paras yang dicatatkan pada lewat 2006. BERNAMA

Artikel Sebelum

Harga petrol, diesel turun lagi, kali ini 10 sen

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT